Saturday, January 22, 2011

kuku anda panjang.???

korang mesti suka simpan kuku panjangkan.?? tambah2 kalau korang perempuan..nak cantik la katakan..orang cakap kalau kuku panjang cantik..ye ke.?? aku tengok tak cantik pon..geli ade la..opss!! hehe..maaf..cuba korang baca kat bawah nie sal simpan kuku panjang..sambil2 baca 2 cuba korg tengok kuku korang..panjang ke tak..kalau panjang faham2 jelh nak wat ape yea..^_^

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama
seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua
babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari
kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa
alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan
budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau
pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di
kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,
buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan
boleh diterima masuk ke dalam kepala.



Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan
tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana
mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang .
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang
pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku
pendek. Insya-Allah.



Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.
Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri
sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan
Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw..
berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di
jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu
kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga
saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di
dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari
Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan
niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

1 comment: